Puncak Everest kini 1 meter lebih tinggi

0
198
Gunung Everest yang terletak di banjaran Himalaya.

NEPAL – Selepas bertahun-tahun kajian, pengkaji bagi pihak kerajaan Nepal dan China baru-baru ini bersetuju mengumumkan ketinggian terbaharu Gunung Everest yang mencatat pertambahan sebanyak 0.86 meter berbanding ketinggian terdahulu.

Peningkatan ketinggian puncak tertinggi dunia itu menjadikan jumlah tepat ketinggian gunung berkenaan kini adalah 8,848 meter bersamaan dengan 29,031.7  kaki.

“Kami yakin catatan yang dilakukan itu adalah yang paling tepat selepas bertahun-tahun kajian mengenainya dilakukan,” kata Ketua Pegawai Juru UkurNepal, Susheel Dangol. 

Bacaan secara kerjasama antara kerajaan Nepal dan China itu dibuat selepas gempa bumi di Nepal pada tahun 2015 yang dipercayai mendatangkan kesan kepada aras ketinggian Everest. 

Untuk mendapatkan bacaan yang paling tepat, 12 bacaan diambil dari beberapa lokasi di sepanjang banjaran Himalaya berdasarkan teori trigonometri untuk menentukan ketinggian sebenar.

Sebuah pemancar dengan GPS diletakkan pada puncak Everest tahun lalu untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai kedudukan puncak. 

Gunung Everest dikatakan masih membesar pada kadar setengah meter setiap tahun kerana pertembungan plat tektonik bumi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here