Pusat pengedaran vaksin Covid-19 jadi sasaran jenayah terancang – Interpol

0
156

LONDON – Interpol mengeluarkan amaran kemungkinan kumpulan jenayah terancang menjadikan pusat pengedaran vaksin Covid-19 sebagai sasaran kegiatan mereka.

Menurut Sky News, amaran tersebut dikeluarkan kepada badan keselamatan di 194 negara pada waktu lebih banyak vaksin diluluskan di peringkat antarabangsa.

“Selain menjadikan pusat pengedaran sebagai sasaran, kami menjangkakan kumpulan tersebut akan turut menggunakan peluang ini untuk mengedarkan vaksin palsu,” kata Setiausaha Agung Interpol, Juergen Stock.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan laman web dan penawar palsu yang boleh mendatangkan risiko kesihatan,” kata Stock lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here