Rayuan GKP dibuka semula pada 7 hingga 21 Disember ini

0
1778
GKP merupakan pemberian bantuan kewangan secara one off oleh kerajaan kepada PKS

CYBERJAYA – Kementerian Kewangan membuka semula tempoh rayuan bagi permohonan Geran Khas Prihatin (GKP2.0) daripada 7 hingga 21 Disember ini.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada perayu untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Katanya, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.⠀⠀

“Bagi memastikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang benar-benar layak menerima GKP 2.0, setiap permohonan disemak silang dengan data agensi yang ditetapkan kerajaan sehingga 31 Ogos lalu, termasuk di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan LHDN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, GKP merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro yang berkelayakan.

Katanya, ia diberikan bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi ekoran penularan wabak Covid-19.

Mengulas lanjut, katanya, setakat ini, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.⠀

Beliau berkata, kerajaan amat prihatin akan cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya terutamanya PKS mikro.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here