Rumah kongsi didiami warga asing di Genting Highland diserbu

0
867
Pihak berkuasa imigresen dan KKM menyerbu rumah kongsi yang terletak berhampiran Genting Highland

BENTONG – Sebanyak 46 warga Indonesia termasuk bayi berusia 10 bulan ditahan di rumah kongsi Kampung Samawond, Genting Highlands kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi Jabatan Imigresen negeri Pahang hari ini.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri Pahang Muhammad Hatta Kassim berkata, 33 daripadanya ditahan di bawah Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, 11 daripadanya pula ditahan di bawah Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 dan dua lagi ditahan kerana menyalah guna pas.

“Kawasan penempatan ini dijangka sudah ada dalam setahun. Kita sudah masuk ketika PKP pada bulan Mei tetapi waktu itu operasi masih digantung.

“Kita sudah buat operasi di semua kawasan di kawasan Genting ini, termasuk Ambercourt cuma di kawasan Samawond, kali pertama buat operasi, ” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak imigresen juga memanggil pemilik tanah untuk siasatan di bawah Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana membenarkan warga asing berada dalam premis.

Sebahagian warga asing yang ditahan dalam operasi itu

Sementara itu, katanya, kesemuanya tahanam itu menjalani ujian saringan Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan kesemuanya dilaporkan negatif.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan sebahagian daripadanya melarikan diri dari rumah kongsi berkenaan.

Mereka yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kemayan, Bera, untuk direman selama 14 hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here