Saringan Covid-19: Ramai majikan tidak patuh arahan kerajaan

0
83
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan kecewa masih ramai majikan yang enggan memberi kerjasama dengan mengarahkan pekerja warga asing di bawah mereka menjalani ujian saringan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan hanya 49,248 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 yang melibatkan 1,990 majikan.

Berikutan itu, katanya, kerajaan akan menguatkuasakan arahan itu bermula 1 Januari tahun hadapan.

“Arahan ini akan dikuat kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) di mana majikan yang gagal mematuhi arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang dan penalti.

“Kerajaan juga ketika ini sedang mempergiatkan pemeriksaan terhadap kediaman pekerja warga asing di bawah Akta
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, katanya, sehingga kini sebanyak 12 syarikat dan 27 pertuduhan telah dikenakan ke atas majikan yang ingkar.

Sementara itu, katanya, kerajaan juga bersetuju untuk mewajibkan majikan menanggung kos kuarantin dan rawatan bagi pekerja warga asing yang positif Covid-19 yang dipindahkan ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here