Sebahagian menteri kabinet, anggota tentera Filipina terima suntikan vaksin Covid-19

0
65

MANILA – Sebahagian anggota tentera dan anggota kabinet Filipina telah menerima suntikan vaksin Covid-19, walaupun pihak berkuasa negara itu belum lagi meluluskan penggunaan mana-mana calon vaksin.

Menurut Reuters, perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Eduardo Ano dan Panglima Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Cirilito Sobejana.

Namun, apabila ditanya sama ada proses inokulasi tersebut diluluskan oleh pejabat presiden, Sobejana berkata, “Sudah tentu, Presiden merupakan Ketua Angkatan Bersenjata.”

Setakat ini, Timbalan Setiausaha Kesihatan, Maria Rosario Vergeire memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai proses vaksinasi tersebut.

Dimaklumkan, setakat ini hanya firma Pfizer telah mengemukakan permohonan kelulusan, manakala permohonan Sinovac, Gamaleya, J&J Janssen dan Clover bagi melakukan ujian klinikal tahap akhir belum diluluskan.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada Sabtu lalu berkata, ‘hampir semua’ anggota tentera negara tersebut sudah menerima suntikan vaksin.

Beliau turut dipetik sebagai berkata, ‘ramai’ tanpa mendedahkan siapa, sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 keluaran firma China, Sinopharm.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here