Selisih wanita dan lelaki di Malaysia hanya 1 juta orang

0
206
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Jabatan Perangkaan Malaysia menganggarkan sebanyak 15.7 juta daripada 32.5 juta penduduk di Malaysia adalah golongan wanita berdasarkan data pada tahun lalu.

Menurut Ketua Pengarah Perangkaan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, dari segi kelahiran pula bayi perempuan mencatatkan 265,467 kelahiran daripada keseluruhan 487,957 kelahiran hidup.

“Wanita sebagai ketua isi rumah pula dianggarkan membelanjakan RM3,666 sebulan.

“Perbelanjaan ke atas makanan dan minuman alkohol ialah RM690 atau 18.8 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu mengulas mengenai Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI), katanya, pencapaian wanita telah melebihi lelaki dalam sub indeks pencapaian pendidikan.

Bagaimanapun katanya, kadar penyertaan tenaga buruh masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain.

Katanya, penguasaan politik mencatat skor terendah yang menunjukkan wanita masih jauh ketinggalan berbanding lelaki dalam jawatan menteri, ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here