Seorang pekerja TMpoint Kajang positif Covid-19

0
174

CYBERJAYA- Telekom Malaysia Berhad (TM) mengesahkan seorang pekerjanya di cawangan TMpoint Kajang positif Covid-19 pada 13 Disember lalu.

TM dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera segera dengan menutup TMpoint Kajang sehingga 27 Disember untuk sanitasi dan nyahkuman.

“Cawangan TMpoint yang lain akan terus beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta panduan keselamatan tambahan bagi memastikan para pelanggan kami terus dilayani.

“Pengesanan kontak juga dijalankan Kementerian Kesihatan dibantu oleh Pasukan Tindak Balas Krisis Covid-19 ™ untuk mengenal pasti mereka yang telah berhubung rapat dengan anggota itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here