Sindiket penipuan pinjaman wang berleluasa di media sosial

0
168
Illustrasi modus operandi sindiket penipuan pinjaman wang.

KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama pengguna media sosial diingatkan supaya berwaspada dengan tawaran pinjaman wang oleh sindiket penipuan yang menggunakan ‘umpan’ kadar faedah rendah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan berkata, sindiket yang menawarkan pinjaman mudah lulus itu dikesan bergiat aktif melalui laman media sosial  seperti Facebook dan email.

Menurut SKMM, mangsa biasanya ditawarkan dengan kadar faedah yang rendah dan kemudian diminta membuat bayaran pendahuluan sebagai kos operasi atau yuran guaman sebelum permohonan diproses.

“Namun setelah bayaran dibuat, mereka akan menghilangkan diri,” menurut kenyataan SKMM hari ini.

Dalam kejadian terbaharu, seorang individu dilaporkan telah kerugian sebanyak RM11,060 apabila termakan umpan tawaran pinjaman oleh sindiket berkenaan.

Katanya, mangsa dijanjikan dengan jumlah pinjaman yang agak tinggi dan selepas membuat bayaran pendahuluan, individu (pemberi pinjam) berkenaan tidak lagi dapat dihubungi. 

“Jika anda ingin membuat pinjaman, pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu di aplikasi i-KrediKom yang disediakan oleh KPKT untuk mendapatkan kepastian mengenai syarikat peminjam wang berlesen tersebut,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here