Singapura luluskan penjualan isi ayam buatan

0
458
Isi ayam buatan yang dihasilkan oleh Eat Just. – GAMBAR EAT JUST

LONDON – Singapura menjadi negara pertama di dunia yang membenarkan penjualan isi ayam buatan apabila bahan makanan buatan tersebut menerima kelulusan kajian keselamatan badan regulatori negara tersebut.

Menurut The Guardian, isi ayam buatan keluaran syarikat Amerika Syarikat (AS), Eat Just itu dihasilkan melalui pembiakan sel yang digabungkan dengan penggalak berasaskan tumbuhan.

Sel haiwan yang digunakan diperoleh daripada bank sel, dan tidak memerlukan haiwan tersebut disembelih kerana ia boleh diperoleh menerusi biopsi pada haiwan hidup.

“Kelulusan ini merupakan salah satu daripada kejayaan ketara dalam industri makanan dalam beberapa dekad ini,” kata Ketua Pengarah Eksekutif Eat Just, Josh Tetrick.

“Saya berharap kejayaan ini bakal menjadi titik tolak kepada dunia yang mana bahan makanan seperti daging dapat dihasilkan tanpa perlu membunuh seekor haiwan pun, dan menebang sebatang pokok,” tambah beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here