Sistem kesihatan terbeban, pesakit positif Covid-19 tanpa gejala dinasihatkan kuarantin di rumah

0
294
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Pesakit Covid-19 yang positif namun tidak bergejala atau asymptomatic dinasihatkan untuk menjalani kuarantin di rumah terlebih dahulu sebelum dirujuk ke hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, ini berikutan peningkatan kes yang perlu ditangani pihak Kementerian Kesihatan (KKM) ketika ini.

“Ini juga berlaku di Sabah. Kami bercakap mengenai lebih daripada 1,000 kes sehari.

“Ini disebabkan peningkatan ujian di kalangan pekerja asing dan seperti yang dijangkakan lebih banyak kes didiagnosis.

“Pekerja asing tidak ada tempat untuk diasingkan, kami ada ribuan di sini. Kami menambah bilangan katil menjadi 10,000,” katanya memetik laporan portal Malay Mail hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika menjawab aduan seorang pemilik perniagaan yang mendakwa tiada tindakan daripada KKM walaupun dua pekerjanya positif wabak itu.

Dalam pada itu beliau juga meminta mereka yang dikesan positif agar berhubung dengan pejabat kesihatan daerah masing-masing.

Kes Covid-19 yang menular di seluruh kini semakin membimbangkan apabila kes aktif mencecah lebih 20,000 kes setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here