Somalia putuskan hubungan diplomatik dengan Kenya

0
62
Osman Dube

MOGADISHU – Somalia semalam memutuskan hubungan diplomatik dengan Kenya selepas dakwaan campur tangan politik dan pelanggaran kedaulatan negara itu oleh negara jirannya.

Menteri Penerangan Somalia, Osman Dube dalam pernyataan yang dibaca di Radio Mogadishu berkata, Nairobi secara terang-terangan telah mengganggu urusan dalaman Somalia namun tidak memberikan lebih banyak perincian.

“Ini adalah jawapan kepada pelanggaran politik yang berterusan dan campur tangan terbuka Kenya dalam kemerdekaan Somalia,” katanya.

Sehubungan itu, Somalia memanggil pulang semua diplomatnya dari Kenya dan mengarahkan diplomat Kenya meninggalkan Somalia dalam masa tujuh hari.

Perselisihan itu dijangka melemahkan kerjasama memerangi kumpulan Islam al Shabaab di Somalia yang mana Kenya menyediakan 3,600 tentera kepada pasukan pengaman Kesatuan Afrika.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here