Spices & Seasoning sumbang barangan digital kepada SK Intan Baiduri

0
180
NORZITA (tiga dari kiri) bersama sebahagian daripada komputer sumbangan Spices & Seasoning Specialities Sdn. Bhd.

KUALA LUMPUR-  Spices & Seasoning Specialities Sdn. Bhd. pengeluar mi segera jenama Ibumie melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbang barangan digital berupa 20 unit komputer, dua  unit interaktif tv, dan empat unit projektor kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Intan Baiduri semalam.

Majlis penyerahan barangan berkenaan disempurnakan oleh Pengurus Pemasaran Spices & Seasoning Specialies Sdn. Bhd., Debbie Teh.

Spices & Seasoning Specialities Sdn. Bhd. memaklumkan, sumbangan itu bertujuan untuk membantu pengurusan sekolah memperkasakan pendidikan komunikiasi teknologi maklumat (ICT) kepada murid-murid yang terkesan akibat krisis global penularan wabak Covid-19.

“Pada masa yang sama, ia juga membantu warga pendidik, khususnya guru melengkapkan diri dengan penguasaan dalam teknologi digital dan menguasai ilmu berkaitan ‘e-learning’ untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar,” kata syarikat berkenaan dalam kenyataannya.

Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan itu ialah Guru Besar SK Intan Baiduri, Norzita Osman dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Intan Baiduri, Llyod Daves Wales.

Dalam kenyataanya yang sama, Norzita turut mengucapkan terima kasih kepada Spices & Seasoning Specialies Sdn. Bhd. dan terharu dengan sumbangan yang diberikan.

“Ia merupakan sinar untuk pelajar-pelajar dan juga pihak pengurusan di SK Intan Baiduri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here