Suami isteri miliki AK 47 ditahan

0
438
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas selaras senjata api jenis AK-47 bersama 142 butir peluru dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bahagia, Kuala Krai, Ahad lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota pada pukul 3.10 pagi selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Beliau berkata hasil serbuan, pasangan suami isteri berumur 50 tahun telah ditahan dan hasil pemeriksaan di dalam rumah menemukan sepucuk senjata api jenis AK-47 bersama 142 butir peluru iaitu 16 butir peluru 5.56 mm dan 126 butir peluru penabur 12 Bore.

“Kedua-dua individu yang ditahan adalah penduduk tempatan di situ. Siasatan awal suspek mengaku memiliki senjata api itu sejak lima tahun lepas yang diberikan oleh seorang lelaki berasal dari Tanah Merah.

“Suspek mendakwa senjata api itu digunakan bagi menembak haiwan liar seperti gajah yang sering memasuki kebun getahnya. Setakat ini, suspek mengaku sudah menembak dua ekor gajah dengan senjata api itu,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here