Sultan Johor arahkan pihak berkuasa agama Johor siasat status agama Illi Najwa

0
1315
Majlis pernikahan Illi Najwa dan pasangannya di India mencetuskan kontroversi kerana bercanggah dengan hukum Islam

CYBERJAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menitahkan supaya pihak berkuasa agama Islam Johor untuk mendapatkan pengesahan status agama Illi Najwa Anuar Hussin Saddique yang berkahwin dengan seorang lelaki di India sehingga mencetuskan kontroversi berikutan terdapat perbuatan yang dilakukannya bertentangan dengan syarak.

Baginda bertitah, pihak berkuasa agama tersebut diminta mendapatkan pengesahan daripada ahli keluarganya dan kedutaan Malaysia di India.

“Saya percaya kita semua akan dapat memastikan kesahihan berita tersebut dalam masa terdekat,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim juga menasihatkan semua pihak tidak membuat kesimpulan awal mengenai berita itu.

Titah baginda, ia akan mengeruhkan lagi keadaan dan akan menyebabkan wanita itu mengelakkan diri untuk pulang ke Malaysia serta menjauhkan diri daripada keluarganya.

“Wanita itu sedang melalui satu proses penghakiman melalui platform media sedangkan beliau tidak pun setakat ini mengisytiharkan beliau ingin keluar daripada agama Islam,” titah baginda.

Sejak beberapa hari lalu, berita perkahwinan rakyat Malaysia berasal dari Johor iaitu Illi Najwa dengan dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar telah mencetuskan pelbagai persoalan berhubung majlis resepsi perkahwinan mereka.

Tangkap layar rakaman yang diambil ketika majlis kedua pasangan ini bernikab di India

Dalam satu rakaman video resepsi perkahwinan mereka yang tersebar luas, memaparkan Manpreet,mengenakan sut perkahwinan Punjabi yang lengkap dengan serban.

Manakala Illi memakai pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Dalam resepsi itu, Illi dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan termasuk status agamanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here