Sultan Perak perkenan Saarani sebagai Menteri Besar baharu

0
266

IPOH- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor dalam satu kenyataan berkata, Sultan Nazrin telah mempertimbang cadangan serta yakin Saarani memperoleh sebahagian besar ADUN.

“Baginda menetapkan 24 Rabiulakhir 1442 bersamaan 10 Disember 2020 jam 11 papi untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah, Perak,” memetik kenyataan yang dibaca oleh Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here