Sungai Muda: Pulau Pinang tidak akan bayar satu sen pun kepada Kedah

0
507
P. Ramasamy

CYBERJAYA – Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membayar walau satu sen kepada Kedah berkenan bayaran untuk mengambil sumber air dari Sungai Muda.

Menurut Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy, tiada sebab untuk pihaknya membayar kepada Kedah memandangkan negeri itu mengambil air dari Sungai Muda di mana terletaknya sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

“Bukannya Pulau Pinang mengambil air dari Kedah.

“Sebahagian dari Sungai Muda mengariskan sempadan Kedah dan Pulau Pinang di mana kedua-dua negeri mempunyai hak untuk berkongsi.

“Hak air sungai seperti yang disahkan oleh Perlembagaan membenarkan negeri menggunakan air jika sumbernya berada dalam kawasan negeri,” katanya.

Perbalahan mengenai bayaran sumber air dari Sungai Muda antara kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang terus berlarutan dengan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor tetap mahu Pulau Pinang membayar caj air mentah dari kawasan Ulu Muda dan bukannya hanya diberikan sumbangan sahaja.

Menteri Besar Kedah itu telah meletakkan bayaran sebanyak 10 sen bagi satu meter padu, namun bersedia untuk berunding dengan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Ramasany berkata, terdapat keputusan oleh mahkamah pada masa lalu yang menetapkan hak untuk menggunakan sumber air yang terdapat di dalam sempadan negeri atau negara tersebut secara jelas.

Malah, Ramasamy juga mendakwa, tindakan Menteri Besar Kedah itu bertindak demikian semata-mata untuk bermain politik bagi mendapatkan dana daripada kerajaan pusat.

“Ancaman pembalakan dan perlombongan unsur nadir bumi adalah penipuan untuk mengalihkan perhatian daripada banyak masalah yang dihadapi oleh kerajaan negeri Kedah,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here