Sungai Selangor tercemar lagi, 1,274 kawasan alami gangguan air

0
659
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 1,274 kawasan di sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan Sungai Selangor (SSP) 1, 2 dan 3 akibat pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

Menurut Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), kawasan terlibat ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Air Selangor ingin memaklumkan henti tugas LRA Rantau Panjang pada 11.30 malam serta LRA SSP 1, 2 dan 3 pada 1 pagi hari ini, berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Air Selangor memaklumkan bahawa kedua-dua LRA itu kembali beroperasi selepas bacaan TON kembali sifar.

“Air Selangor ingin memaklumkan bahawa LRA Rantau Panjang telah beroperasi semula pada jam 3.30 pagi ini serta SSP 1, 2 dan 3 pula pada jam 5 pagi ini setelah bacaan pada tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan.

“Maklumat bekalan air boleh didapati di semua saluran komunikasi Air Selangor dari semasa ke semasa,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here