Tanah yang diceroboh pekebun Musang King akan dikosongkan segera

0
1074
Mahkamah Tinggi, hari ini menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri.

KUANTAN – Operasi penguatkuasaan pengosongan tanah diceroboh untuk menanam pokok durian Musang King di Raub, Pahang akan dilakukan pada bila-bila masa.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, operasi itu akan dibuat selepas Mahkamah Tinggi, hari ini menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri juga mengesahkan tiada lagi tempoh masa diberikan kepada semua pekebun terbabit yang meneroka tanah itu secara haram.

“Pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini, kita bersetuju bahawa tindakan penguatkuasaan akan dilakukan dalam tempoh segera,” katanya seperti dipetika Harian Metro.

Mahkamah Tinggi menolak permohonan pekebun durian Musang King itu atas dua sebab iaitu notis pengosongan yang dikeluarkan oleh pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan yang boleh disemak di mahkamah.

Pada masa sama, mahkamah juga mendapati pekebun terlibat adalah penceroboh.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy berkata, penguatkuasaan itu dilaksanakan seperti kes penerokaan tanah secara haram di Lembah Bertam dan Sungai Ichat di Cameron Highlands.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here