Tebar roti ja, dapat RM100

0
167
Salah seorang peserta mengambil bahagian dalam Pertandingan Menebar Roti Canai di Festival Malakat Food Street hari ini.

RAUDHAH CITY – Pertandingan Menebar Roti Canai sempena Festival Malakat Food Street berlangsung dalam suasana penuh meriah di Malakat Mall petang ini. 

Pelbagai aksi menarik dan gelagat mencuit hati dipertontonkan oleh 12 peserta yang rata-ratanya tidak mempunyai pengalaman menyediakan makanan popular itu. 

Pertandingan anjuran Restoran The Tarik Corner (TTC) itu menawarkan hadiah baucer TTC bernilai RM100.

Pertandingan Menebar Roti Canai di Festival Malakat Food Street hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Makanan dan Minuman Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, pertandingan itu merupakan sebahagian daripada acara yang dianjurkan untuk memeriahkan Festival Malakat Street Food iaitu jualan makanan ala bazar di ruang legar Malakat Mall.

“Alhamdulillah kita mendapat penyertaan yang baik daripada pengunjung yang tidak segan silu mengambil bahagian walaupun kebanyakan mereka tidak mempunyai pengalaman menebar roti sebelum ini.

“Kami harap penganjuran acara seperti ini akan dapat diteruskan setiap hari sebagai pengisian sepanjang tempoh festival sekaligus menarik lebih ramai pengunjung khususnya di sekitar Sepang, Cyberjaya dan Putrajaya,’’ katanya selepas pertandingan itu hari ini.

Salah seorang peserta mengambil bahagian dalam Pertandingan Menebar Roti Canai di Festival Malakat Food Street hari ini.

Sementara itu,  Festival Malakat Food Street yang menampilkan pelbagai acara menarik, demonstrasi dan jualan kira-kira 600 jenis hidangan juga bertujuan menawarkan peluang perniagaan kepada peniaga dan usahawan untuk bertapak di pusat beli-belah.

“Matlamat asal kita adalah untuk menyediakan platform kepada peniaga untuk masuk berniaga di Malakat Street Food terutama mereka yang terkesan pendapatan akibat penularan Covid-19.

“Kita berhasrat menjadikan bazar ini sebagai hab makanan terbesar di Cyberjaya dan kita yakin dengan apa yang sudah dilaksanakan, impian ini akan jadi kenyataan tidak lama lagi,’’ katanya.

Lokasi Pertandingan Menebar Roti Canai di Festival Malakat Food Street hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here