Telegram perkenal perkhidmatan berbayar mulai 2021

0
143

CYBERJAYA – Aplikasi permesejan Telegram akan memperkenalkan perkhidmatan berbayar mulai tahun hadapan.

Kata pengasasnya, Pavel Durov, perkhidmatan itu disasarkan kepada golongan perniagaan dan pengguna yang mempunyai keperluan khusus.

Pengasas Telegram, Pavel Durov. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

Strategi terbaharu itu merupakan salah satu daripada langkah yang diumumkan oleh Durov bagi menjana sumber kewangan yang diperlukan bagi membiayai perkembangan aplikasi itu.

“Pengguna Telegram kini sudah semakin menghampiri 500 juta seluruh dunia, dan ini bermaksud pertambahan trafik.

“Dengan cara ini, kita mampu melancarkan pelbagai ciri lain dan mampu untuk menampung jumlah pengguna aplikasi lebih ramai,” kata Durov dalam satu kenyataan yang di muat naik di laman rasminya dalam Telegram.

Telegram yang berpangkalan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu, merupakan satu aplikasi komunikasi alternatif kepada Whatsapp yang dimiliki oleh gergasi media sosial, Facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here