Tempoh PKPB bukan penghalang Tahan Sports catat jualan memberangsangkan

0
240
Petugas Tahan Sports menyusun barangan di ruak jualan. – facebook/TAHAN SPORTS

CYBERJAYA – Kekurangan pelanggan pada waktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukanlah satu isu besar bagi kedai menjual barangan sukan, Tahan Sport.

Menurut Pengurus Tahan Sports, Mohd Fuad Rahim, kedainya yang terletak di tingkat 1 Malakat Mall, Cyberjaya sudah dua bulan berturut-turut mencatat angka jualan yang agak tinggi.

Pelanggan yang membuat bayaran diminta mengamalkan penjarakan sosial di kaunter bayaran Tahan Sports. – facebook/MALAKAT MALL

“Rezeki PKPB kali ini, sudah dua bulan berturut-turut kedai kami berjaya menduduki kelompok lima kedai dengan jualan tertinggi di Malakat Mall,” kata Fuad.

Apabila ditanya mengenai barangan yang paling laris dijual, Fuad berkata, jualan barangan perkhemahan seperti khemah, haversack, pakaian lasak termasuk kasut, pisau dan lampu picit menjadi pilihan utama pelanggan.

“Walaupun tidak pergi berkhemah, para penggemar aktiviti ini menggunakan tempoh PKPB untuk meninjau dan mengumpulkan peralatan,” tambah Fuad.

Sepanjang Disember ini, Tahan Sports turut mengadakan promosi jualan Rasa Sayang dengan potongan sehingga 50 peratus bagi barangan terpilih.

“Saya jangka, dengan kebenaran merentas daerah dan negeri yang diberikan kerajaan, lebih ramai penggemar barangan perkhemahan dan sukan menggunakan peluang ini untk membeli belah,” kata Fuad lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here