Tempoh PKPB punya rahmat dan kelebihan

0
169
Tariq (kiri) bersama salah seorang kakitangan Conteng di hadapan premis mereka di tingkat 1, Malakat Mall Cyberjaya. – MALAKAT TRIBUNE

CYBERJAYA – Kekurangan pelanggan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sememangnya agak mencabar buat peniaga.

Namun, bagi pengurus kedai menjual alat tulis Conteng, Tariq Abdul Jalil, cabaran ini bukanlah sesuatu yang buruk dan menjatuhkan, tetapi mempunyai rahmat dan kelebihan tersendiri.

“Sememangnya, cabaran yang kita hadapi agak besar. Bila PKPB dilaksanakan, majoriti pelanggan kita tak dapat datang ke kedai untuk membeli belah, jadi secara langsung jualan kita agak terjejas,” kata Tariq, hari ini.

Beliau berkata, penjualan alat tulis seperti pen, pensel warna, kertas dan pita perekat mungkin nampak kecil dan remeh, tetapi apabila kena pada masanya, kutipan jualan harian yang mampu dicapai boleh mencecah ribuan ringgit.

“Ini kerana, pelanggan yang datang biasanya akan membeli pelbagai barangan sekaligus.

“Contoh, bukan setakat membeli pensel tetapi turut membeli pen, kertas dan pelbagai barangan lain yang berkaitan,” jelas Tariq lagi.

Conteng merupakan sebuah kedai menjual alat tulis yang terletak di tingkat satu pusat membeli belah di Malakat Mall, Cyberjaya.

Pada waktu ini, Conteng turut mengadakan promosi jualan Rasa Sayang yang menyaksikan potongan harga sehingga 50 peratus bagi barangan terpilih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here