Tengku Adnan dilepas tanpa dibebas dari pertuduhan rasuah

0
165

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan menerima rasuah pada tahun 2013.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd. Ghazali selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim bahawa pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap Tengku Adnan.

“Terdapat perkembangan baharu dalam kes ini yang perlu disiasat dengan lebih lanjut. Pihak pendakwaan juga tidak mahu membazirkan masa mahkamah kerana tidak tahu tempoh masa yang perlu diambil untuk menyiasat perkembangan terbaharu itu.

“Pihak kami tidak boleh maklumkan secara terperinci. Apa yang boleh diberitahu ialah terdapat aduan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan seorang saksi dalam kes ini.

“Oleh itu, pihak pendakwaan memohon perintah supaya tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan ini,” kata Julia.

Tengku Adnan, 69, dituduh menerima rasuah sebanyak RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2013.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here