Terengganu kembali dilanda banjir

0
211

CYBERJAYA- Terengganu kembali dilanda banjir dengan sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak malam tadi.

Sembilan PPS itu dibuka di empat daerah yang terjejas banjir iaitu di Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan juga Kemaman.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, sebanyak 439 mangsa daripada 124 keluarga dipindahkan sejak malam tadi. 

Beliau berkata, daerah Marang merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila sebanyak 156 mangsa daripada 42 keluarga ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila. 

“Ia diikuti daerah Kuala Terengganu apabila tiga PPS iaitu SK Chendering, SK Ladang dan SK Pasir Panjang dibuka bagi menempatkan 114 mangsa daripada 36 keluarga. 

“Di Kuala Nerus pula, sebanyak 22 keluarga membabitkan 96 mangsa ditempatkan di tiga PPS, manakala dua PPS dibuka di Kemaman bagi menempatkan 73 mangsa daripada 24 keluarga,” katanya. 

Menurut Che Adam, kenaikan paras air laut juga agak drastik terutama di Bandaraya Kuala Terengganu malam tadi susulan hujan lebat berterusan. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here