TH beli Menara VSQ1 dengan harga RM147 juta

0
393
Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (tengah) menyaksikan pemeteraian pembelian Menara VSQ1 daripada Bukit Damansara oleh TH hari ini

CYBERJAYA – Institusi kewangan milik umat Islam, Tabung Haji (TH) hari ini menandatangani tawaran pembelian Menara VSQ1 daripada Bukit Damansara Development Sdn Bhd dengan harga RM147 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agam), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, syarikat QSR Brands akan menjadi penyewa utama bagi menara pejabat tersebut.

“Dengan kedudukan hartanah yang strategik dan sudah disewa sepenuhnya, ia dijangka memberi pulangan sebanyak 5.5 peratus berdasarkan perjanjian penghunian penuh dan penyewaan jangka panjang bangunan,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, pembelian itu turut merangkumi sebanyak 1,060 tempat letak kenderaan.

Dalam pada itu Zulkifli berkata, pelaburan TH dalam sektor-sektor penting negara adalah untuk membantu mengembangkan simpanan pendeposit yang berhasrat untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan TH berada di landasan yang tepat dalam mencari pelaburan terbaik bagi menjana pemilikan aset umat Islam di Tabung Haji.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here