Tiada kes jangkitan Covid-19 di Malakat Mall, hentikan penyebaran berita palsu

0
503
Pelanggan yang membeli belah di Malakat Mall diwajibkan mematuhi SOP ditetapkan termasuk memakai penutup muka

CYBERJAYA – Pusat beli belah Malakat Mall di sini menafikan terdapat kes Covid-19 melibatkan kakitangan dan pelanggannya seperti yang sedang ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malakat Mall, Adzhar Mohd Noor, pusat beli belah itu bebas wabak penyakit itu dan beroperasi seperti biasa setiap hari.

“Pihak kami ingin memaklumkan bahawa tiada pekerja mahu pun pelanggan di Malakat Mall telah dijangkiti oleh virus Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Adzhar turut kesal dengan penularan berita palsu itu yang telah menyebabkan pelanggannya bimbang untuk ke pusat beli belah itu.

Beliau berkata, pihak pengurusan Malakat Mall sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang telah ditetapkan kerajaan.

Pelanggan perlu mendaftar dengan aplikasi MySejahtera sebelum dibenarkan masuk

Pada masa sama, katanya, tahap kebersihan di pusat beli belah itu sentiasa dipantau dan proses nyahkuman juga sentiasa dilakukan secara berkala bagi keselamatan pelanggan dan kakitangannya.

Aspek kebersihan terutamanya di tandas awam sentiasa dititikberatkan sehingga mendapat penggredan tandas awam terbaik daripada Majlis Perbandaran Sepang

“Penyebaran berita palsu ini seperti sengaja mensabotaj Malakat Mall dan kami berharap orang ramai tidak mempercayai khabar angin ini,” katanya.

Sementara itu, Adzhar turut berharap orang ramai terus menyokong Malakat Mall yang berjuang untuk meningkatkan ekonomi Islam terutamanya dalam sektor peruncitan.

Malakat Mall yang dibuka pada Mac lalu menyediakan pelbagai barangan termasuk keperluan harian, barangan pertukangan, butik pakaian dan beg, produk kecil dan sederhana (IKS) dan farmasi.

Pusat beli belah ini beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here