Tujuh kawasan PKPD di Pulau Pinang dan Sabah ditamatkan hari ini dan esok

0
224

CYBERJAYA- Kerajaan memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh kawasan di Pulau Pinang dan Sabah pada hari ini dan esok.

Ia membabitkan Penjara Seberang Perai, Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai di Pulau Pinang dan di Sabah pula membabitkan Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan, Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon, Kota Belud. 


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini mengenakan PKPD di Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai pada 22 Oktober lalu.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan melaksanakan sebanyak 3,254 saringan dan secara kumulatif merekodkan sebanyak 606 kes positif Covid-19. 

“Atas nasihat dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan, mesyuarat hari ini bersetuju menamatkan PKPD di kawasan berkenaan bermula hari ini,” katanya ketika media di sini, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, bagi PKPD Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau yang dikenakan PKPD pada 6 November lalu merekodkan 774 kes kumulatif positif Covid-19.

Beliau berkata, bagi Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira sebanyak 799 jumlah kes kumulatif positif Covid-19 direkodkan di kedua-dua lokaliti ini.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan mesyuarat hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di kawasan terbabit.

“Selain itu kerajaan turut menamatkan PKPD di Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon, Kota Belud bermula esok,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan turut bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh, Perak sehingga 10 Disember ini.

“KKM sudah melaksanakan sebanyak 1,793 saringan dan sebanyak 66 kes positif Covid-19 direkodkan di lokaliti-lokaliti ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here