Ujian rawatan antibodi positif, perlukan kajian lebih lanjut

0
84

NEW YORK – Data awal ujian rawatan antibodi bagi pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital dan memerlukan oksigen menunjukkan maklumat yang memberangsangkan, namun memerlukan kajian lebih lanjut.

Kata Reuters, ujian yang dijalankan oleh firma Regeneron Pharmaceuticals Inc. itu melibatkan dua golongan pesakit pandemik itu, iaitu golongan yang mana mempunyai antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan mereka sendiri (seropositif) dan mereka yang tidak (seronegatif).

Pesakit seronegatif yang dirawat menggunakan ubat eksperimental ini didapati berisiko rendah untuk maut dan tidak perlu bergantung kepada bantuan mekanikal untuk bernafas.

Menurut Regeneron, rawatan ini menggabungkan dua antobodi – casirivimab dan imdevimab – turut merendahkan kadar kandungan virus dan mengurangkan simptom dalam kalangan pesakit Covid-19 yang tidak dimasukkan ke hospital.

Pihak Pentadbiran Makanan dan Ubatan (USFDA) pada September lalu telah meluluskan penggunaan rawatan ini bagi tujuan kecemasan ke atas pesakit yang tidak kritikal dan tidak dimasukkan ke hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here