UMNO hanya calonkan nama Shaarani sebagai MB Perak

0
260
ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya

CYBERJAYA – UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara konsesus mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak.

Menurut Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, keputusan secara sebulat suara itu sekali gus menghentikan spekulasi bahawa beliau salah seorang calon untuk jawatan menteri besar.

“Kami semua ADUN UMNO dan BN secara konsensus mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak.

“Saya mohon untuk kita semua tidak membuat apa-apa lagi spekulasi dan kita serahkan kepada kebijaksanaan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk mempertimbangkan siapa yang mempunyai majoriti mudah untuk dipilih menjadi Menteri Besar Perak, insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Selain Shaarani dan Shahrul Zaman, seorang lagi ADUN yang dikatakan turut dicalonkan sebagai menteri besar ialah ADUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Zambry sebelum ini merupakan Menteri Besar Perak BN sebelum kerajaan negeri tumbang kepada Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, Shahrul Zaman pula difahamkan merupakan calon kompromi untuk jawatan menteri besar yang boleh diterima parti Perikatan Nasional (PN) terutamanya daripada Bersatu.

Ini kerana Bersatu mendakwa Shaari merupakan dalang yang menyebabkan ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tersingkir sebagai menteri besar.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here