UMNO mahu kerajaan PN di Perak dikekalkan

0
133
Datuk Seri Ahmad Maslan


CYBERJAYA- Undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini hanya melibatkan jawatan Menteri Besar tanpa mengubah status kerajaan negeri.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO berpendirian bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak mestilah dikekalkan.

“Semua barisan EXCO Kerajaan Negeri juga mesti diteruskan. UMNO juga berpendirian bahawa PPBM don PAS harus bersama mendokong Kerajaan PN Negeri Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini secara automatik tergugur daripada jawatan tersebut apabila 48 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak menyokong usul percaya yang dibuat terhadap beliau dalam undi belah bahagi.

Dalam undi itu, Ahmad Faizal hanya mendapat 10 undi menyokongnya, manakala satu lagi berkecuali.

ADUN Pengkalan Bharu (BN) Abdul Manaf Hashim hari ini mengusulkan undi percaya terhadap Ahmad Faizal selaku Menteri Besar Perak dan usul itu disokong ADUN Kenering (BN) Mohd Tarmizi Idris.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here