Ungku Aziz meninggal dunia

0
264
Allahyarham Ungku Aziz

KUALA LUMPUR – Tokoh pendidikan dan ekonomi Melayu, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Prince Court di sini, hari ini.

Allahyarham Ungku Abdul Aziz, 98, meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang akibat sakit tua.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid At-Taqwa dan dijangka dikebumikan pada malam ini juga.

Jasa Allahyarham yang mencetuskan idea penubuhan institusi Islam, Tabung Haji sentiasa dikenang kerana berjaya memudahkan urusan umat Islam untuk menunaikan rukun Islam kelima di Tanah Suci Mekah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here