USFDA luluskan penggunaan vaksin Pfizer/BioNTech

0
115

NEW YORK – Vaksin Covid-19 buatan Pfizer/BioNTech telah menerima kelulusan bagi kegunaan kecemasan di Amerika Syarikat.

Menurut The Guardian, kelulusan tersebut diberikan oleh Pihak Pentadbir Bahan Makanan dan Perubatan (FDA) sebentar tadi.

“Kebenaran FDA ini merupakan satu titik penting dalam melawan pandemik ini yang telah memberi kesan kepada banyak keluarga di AS dan dunia,” kata Pesuruhjaya FDA, Dr. Stephen Hahn.

Vaksin tersebut yang setakat ini dinamakan sebagai BNT162b2, diluluskan setelah ujian ke atas 43,000 individu mendapati ia mempunyai keberkesanan sehingga 95 peratus dalam mencegah jangkitan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here