Vaksin akan mula diagihkan pada Februari ini – Perdana Menteri

0
103
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Kerajaan mengulangi komitmen untuk memastikan bekalan vaksin yang berkesan, selamat dan mencukupi diberikan untuk sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, vaksin itu juga akan diberi secara percuma kepada rakyat Malaysia.

“Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan melalui tiga fasa bermula seawal Februari 2021.

“Saya bersama petugas-petugas barisan hadapan akan menjadi antara orang yang terawal untuk menerima suntikan vaksin ini bagi membuktikan vaksin ini selamat dan berkesan, insya-Allah,” katanya dalam perutusan khas sempena Tahun Baharu 2021 hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas dan pesakit-pesakit yang menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit jantung, diabetes dan penyakit pernafasan kronik juga akan diberi keutamaan dalam menerima suntikan vaksin.

Katanya, pemantaun keberkesanan dan keselamatan tetap akan diteruskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara.

“Namun begitu, saya ingin mengingatkan bahawa program vaksinasi ini hanyalah satu langkah pencegahan dan prosedur operasi standard (SOP-SOP) yang ditetapkan masih perlu dipatuhi pada setiap masa,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here