Vaksin bukan magik, hari ini cucuk esok terus berkesan.

0
195
Gambar hiasan

BERITA seorang jururawat di California disahkan positif ujian Covid-19 walaupun beliau baru saja mendapat vaksin Covid-19 ini adalah satu perkara yang biasa dan tidak perlu dirisaukan.

Doktor amat memahami isu ini kerana vaksin bukannya bahan magik, hari ini cucuk esok terus berkesan.

Proses untuk membina antibodi memerlukan masa di antara 10 hingga 14 hari. Kebanyakan vaksin minimum dua kali suntikan.

Kali pertama suntik pembinaan antibodi hanya akan meningkat 50 peratus manakala suntikan kedua barulah meningkat kepada kepada 95 peratus.

Jarak di antara suntikan pertama dan suntikan kedua juga berbeza di antara vaksin. Ini bergantung kepada kajian yang dilakukan oleh mereka bagi mempastikan berapa lama jarak yang diambil untuk membina antibodi bagi setiap vaksin yang dibangunkan oleh mereka.

Contohnya vaksin Pfizer memerlukan 21 hari dan Moderna memerlukan 28 hari.

Apa yang berlaku terhadap jururawat dari California itu adalah seperti yang diterangkan di atas.

Dr Suhazeli

Untuk pengetahuan umum juga perlu diingatkan bahawa pembentukan antibodi itu berbeza di antara setiap individu.

Majoriti di kalangan kita akan menunjukkan pembentukan antibodi dalam tempoh 14 hari paling kurang 50 peratus, tetapi ada juga sejumlah kecil individu yang mungkin tidak mencapai tahap itu.

Kita boleh perhatikan beberapa kes walaupun yang telah diberikan vaksin tetapi terdapat juga kejadian penyakit berjangkit berlaku kepada mereka. Sebilangan kecil kes masih berlaku demam campak sebagai contohnya, walaupun vaksin MMR telah pun diberikan.

Kalau begitu, tak perlu lah vaksin? Salah berfikiran begitu.

Di sinilah kita perlu kembali kepada konsep ikhtiar. Kita wajib berikhtiar seoptimum mungkin dengan ‘zan’ yang lebih tinggi melalui maklumat kajian pakar bahawa peratusan dilindungi adalah tinggi berbanding dengan tidak menjalankan ikhtiar itu. Maka bertawakkallah.

Kisah-kisah jangkitan merebak dikalangan masyarakat yang tidak divaksin pun kita sudah dengar.

Contohnya wabak campak di Amerika Syarikat, Filipina, Selatan Thai dan banyak lagi. Jika berlaku juga jangkitan setelah kita berikhtiar, serahkan urusan ketentuan itu kepada Allah. Pasti ada hikmahnya.

Oleh: Dr Suhazeli Abdullah (Doktor Perubatan Keluarga)

PENAFIAN: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Malakat Tribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here