Vaksin keluaran Moderna Inc bakal terima kelulusan FDA

0
49

NEW YORK – Pihak Pentadbir Bahan Makanan dan Perubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) bakal meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Moderna Inc. bagi kegunaan kecemasan.

Jika diluluskan, kelulusan ini merupakan kelulusan kedua diberikan kepada pengeluar vaksin pandemik itu, kira-kira seminggu selepas kelulusan yang sama diberikan kepada firma Pfizer/BioNTech.

Menurut Reuters, kelulusan tersebut akan diberikan setelah laporan ujian mendapati kelebihan vaksin tersebut adalah lebih tinggi daripada potensi risiko bagi penerima yang berusia 18 tahun ke atas.

Kelulusan ini dijangka dapat memenuhi sasaran AS untuk mempunyai sehingga 40 juta dos vaksin, mencukupi bagi kegunaan 20 juta penerima sehingga hujung tahun ini.

Setakat ini, pandemik tersebut telah meragut nyawa sebanyak 310,000 individu, dengan kes keseluruhan melebihi 17.1 juta di seluruh AS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here