[VIDEO] Gempar babi sesat masuk pusat beli belah

0
252

PUTRAJAYA – Pengunjung sebuah pusat membeli belah di sini gempar seketika apabila seekor haiwan liar turut mengunjungi pusat berkenaan hari ini.

Beberapa rakaman video yang menjadi tular di media sosial menunjukkan seekor babi berwarna hitam berkeliaran dan cuba mencari jalan keluar daripada kedai alatan sukan yang terletak di aras satu pusat beli belah itu.

Gempar babi sesat masuk pusat beli belah

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Shaari Abdullah, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.38 tengah hari berhubung kejadian tersebut serta bergegas di lokasi dan tiba pada pukul 12.47 tengah hari.

“Sampai di lokasi, terdapat seekor babi berada di sebuah premis di dalam kompleks beli-belah tersebut. Berikutan itu, anggota bomba membuat kerja menghalau haiwan berkenaan keluar.

“Kemudian, babi itu dipercayai berlari keluar menuju ke arah padang ragbi di Presint 16,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here