[VIDEO] Kualiti terbaik, harga berpatutan di Karnival Jualan Pakaian Seragam Sekolah di Malakat Mall

0
292

CYBERJAYA – Sempena musim persekolahan yang akan mula dibuka pada Januari 2021, Malakat Mall kini menganjurkan Karnival Jualan Pakaian Seragam Sekolah.

Selain mempromosikan jualan seragam sekolah dengan jenama Seragam, karnival yang berlangsung mulai 17 Disember hingga 24 Januari itu turut mengetengahkan beberapa jenama berkaitan alam persekolahan.

Karnival seragam sekolah di Malakat Mall

Menurut Pengurus Jualan Karnival, Noor Herdawaty Zakaria, selain daripada memperkenalkan jenama Seragam sebagai pilihan berkualiti kepada ibu bapa, karnival ini turut berperanan sebagai pembuka mata kepada umum bahawa Malakat Mall merupakan destinasi beli belah yang mempunyai segalanya di bawah satu bumbung.

“Karnival ini turut disertai oleh beberapa jenama lain yang menawarkan barangan seperti alat tulis, buku, beg, dan juga makanan kesihatan,” kata Herdawaty.

Pakaian di bawah jenama Seragam direka menggunakan fabrik yang berkualiti dan mengutamakan keselesaan pemakai, namun ditawarkan pada harga yang berpatutan. – MALAKAT TRIBUNE

Selain Seragam, karnival ini turut disertai oleh Conteng, Himawari, Iqra’Read, Malakat Farmasi dan DIY Malaya.

“Penyertaan pelbagai jenama dengan penawaran barang berbeza ini merupakan satu strategi kami dalam memaklumkan kepada pelanggan bahawa Malakat Mall merupakan destinasi beli belah terbaik bagi mereka kerana segalanya ada di sini,” tambah Herdawaty.

Jenama Seragam hadir dengan pilihan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah, termasuk baju Melayu.

“Bagi jenama ini, kami tidak berkompromi dengan kualiti, kerana kami mementingkan keselesaan (pelanggan).

“Walaupun Seragam dihasilkan menggunakan fabrik yang berkualiti, harga yang kami tawarkan adalah amat berpatutan kerana kami faham apa yang pelanggan mahukan,” tambah Herdawaty.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here