Wanita dipercayai pembunuh kucing direman hari ini

0
261
Suspek pembunuh kucing didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini. Foto Kosmo Online

BUKIT MERTAJAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menahan wanita yang disyaki membunuh seekor kucing bunting di sebuah flat di Jalan Pintas Kaloi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dalam kejadian Selasa lalu.

Suspek berusia 51 tahun itu direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini dan akan disiasat mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Perintah reman dikeluarkan oleh Hakim, Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Dalam kejadian dua hari lalu, suspek dilaporkan memukul dua ekor kucing menggunakan sebatang besi hingga menyebabkan salah seekor daripadanya mati dan seekor lagi cedera pada bahagian mulut.

Suspek didakwa bertindak demikian selepas menemui najis kucing di bahagian depan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, tingkah laku wanita itu disedari penduduk yang kebetulan sedang duduk berehat di sebuah pondok berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, kesal dengan perbuatan wanita itu lelaki berkenaan kemudiannya menghubungi JPV bagi melaporkan kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here