WHO hubungi Britain bagi dapatkan gambaran jelas mengenai varian terbaharu Covid-19

0
125

Zurich, SWITZERLAND – Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) sudah berhubung dengan pihak berkuasa Britain bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai varian terbaharu Covid-19 di negara tersebut.

Menurut Reuters, perkara tersebut terkandung dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh WHO, semalam.

“Kami sudah berhubung dengan pihak berkuasa kesihatan Britain.

“Secara khususnya, mereka akan berkongsi segala maklumat dan keputusan analisa mereka,” kata WHO dalam kenyataan tersebut.

Pada masa yang sama, tambah WHO, pakar mereka akan turut melakukan analisa terhadap data yang diperoleh bagi mendapatkan gambaran yang jelas mengenai varian pandemik terbaharu yang dikatakan sedang tersebar di negara tersebut.

Pada waktu ini, beberapa negara Eropah sudah mengumumkan sekatan perjalanan dari dan ke Britain berikutan penyebaran varian Covid-19 tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here