Wira Itali pada Piala Dunia 1982 meninggal dunia

0
116
PAOLO ROSSI

ROM – Lagenda bola sepak Itali, Paolo Rossi dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Menurut The Guardian, berita pemergian Rossi diumumkan oleh rangkaian televisyen RAI Sport di mana Rossi bertugas sebagai pengulas sukan.

Rossi, 64, dianggap sebagai antara penyerang terbaik dunia, dengan namanya diangkat sebagai wira Itali pada Piala Dunia 1982 setelah mengalahkan calon pilihan juara, Jerman Barat 3-1 pada perlawanan akhir.

Pada kejohanan yang sama, Rossi turut berjaya mencatatkan hatrik apabila Itali mengalahkan satu lagi pasukan pilihan, Brazil 3-2 pada peringkat kumpulan.

Selain memenangi Piala Dunia tahun tersebut, Rossi turut dinamakan sebagai pemenang Kasut Emas dan Bola Emas.

Sepanjang karier mendiang, Rossi bermain hanya di Liga Itali, dan pernah memenangi Kejuaraan Eropah ketika mewakili Juventus pada 1984.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here