Yadim bantu 40 keluarga mangsa banjir di Kuala Krai

0
108

MANEK URAI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan meneruskan gerak kerja menyantuni mangsa banjir melalui sumbangan barangan keperluan harian kepada 40 keluarga mangsa banjir di Kampung Mesek, di sini.

Selepas sumbangan diserahkan di kediaman penduduk yang terjejas itu, pasukan Yadim turut melawat pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaaan Manek Urai yang menempatkan kira-kira 5 keluarga terjejas. 

Kunjungan Yadim Kelantan diketuai oleh wakil Pengarahnya, Mahadi Awang.

Turut hadir menyampaikan sumbangan adalah Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.

Anggota Yadim menyerahkan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir di Kampung Mesek, Manek Urai, Kelantan.
Anggota Yadim menyerahkan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir di Kampung Mesek, Manek Urai, Kelantan.

Mahadi dalam kenyataannya berkata, Yadim peka dan simpati kepada penduduk yang terjejas akibat banjir selain ada antara mereka yang terkesan akibat penularan Covid-19.

“Yadim menyantuni semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang mereka. Justeru orang ramai boleh bersama-sama kami untuk menyantuni masyarakat dengan cara menyumbang ke dana Yadim,’’ katanya.

Katanya, orang ramai boleh menyumbang kepada Yadim melalui dua cara mudah iaitu dengan melayari laman web dan klik pada ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. 

Keduanya adalah dengan menghulurkan sumbangan kepada ke akaun 5660 1062 5428 (Maybank).                       

Anggota Yadim menyerahkan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir di Kampung Mesek, Manek Urai, Kelantan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here