10 pelajar di Kampung Bangingod terima tab dan basikal

0
129
10 pelajar terpilih gembira dengan pemberian Ustaz Ebit Lew

CYBERJAYA – Sebanyak 10 orang pelajar terpilih dari Kampung Bangingod di Lahad Datu, Sabah menerima tab dan basikal daripada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Ustaz dalam perkongsian di laman Facebooknya memaklumkan, nama pelajar terpilih itu dicadangkan sendiri oleh guru dan guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bangingod.

“Gembira campur sebak rasa tadi pasangkan wifi internet untuk umum di Kg Bangingod, hadiahkan tab dan basikal untuk 10 pelajar terpilih yang benar-benar susah.

Pemberian tab bagi memudahkan urusan pebelajaran pelajar terbabit

“Pagi tadi ke Kampung Bangingod Felda Sahabat Lahad Datu. Tak sangka dapat lihat rumah yang kecil sangat. Nak internet kena pergi tepi pantai dan atas titi. 

“Kawasan ini ramai yang susah. Cikgu Yandy dan guru besar SK Bangingod Tungku sendiri dapatkan nama yang memerlukan. Cikgu kata cikgu siap hantar kerja sekolah ke rumah pelajar. Nak pastikan semua belajar.

“Saya dapatkan internet dengan pasang disebuah kedai. Kami akan bayar bulan-bulan untuk kegunaan anak disini dan yang memerlukan. Disebelah kedai sebelum jambatan.

“Tengok muka anak ini gembira, saya lagi rasa gembira sangat. Belajar rajin-rajin yer adik semua. Terima kasih cikgu dan semua,” katanya di laman Facebook hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here