144 pelajar MRSM Kuala Lipis dikuarantin

0
197
Bomba melakukan sanitasi di MRSM Kuala Lipis hari ini

KUALA LIPIS – Sebanyak 144 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa di kuarantin selepas seorang pelajarnya positif Covid-19, semalam

Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, seramai 142 pelajar perempuan menjalani kuarantin di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi manakala dua pelajar lelaki di asrama berkenaan.

Menurutnya, pemindahan tersebut dilakukan sebagai langkah keselamatan semua pihak.

“Ia juga melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala (bilangannya) meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.

“Setakat pagi ini, terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif Covid-19 dan dihantar ke hospital,” katanya memetik laporan portal Utusan Malaysia.

Bomba melakukan sanitasi di MRSM Kuala Lipis

Menurutnya, pemindahan pelajar perempuan ke I-KPKT dilakukan setelah mengadakan perbincangan bersama termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Katanya, pemindahan pelajar terbabit dengan menaiki bas turut diiringi anggota polis bagi memastikan aspek keselamatan sentiasa diberi keutamaan.

Sementara itu, pihak bomba daripada Balai Bomba Kuala Lipis melakukan sanitasi di MRSM tersebut.

Katanya, sebanyak empat anggota bomba bersama dengan kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah terlibat dalam tugasan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here