17 Rumah Anak Yatim seliaan YIDE terima sumbangan kelengkapan persekolahan

0
22
17 rumah anak yatim seliaan YIDE menerima bantuan kelengkapan persekolahan

RAWANG – Central Sugars Refinery (CSR) Sdn Bhd dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menaja kelengkapan persekolahan bagi sesi 2021 buat 17 buah Rumah Anak Yatim seliaan YIDE di Selangor. 

Pengurus Besar YIDE,  Nur Mohd Razali Abdullah berkata, kelengkapan persekolahan berkenaan berupa kelengkapan pakaian dan seluar, kasut, stokin, tudung dan beg selain alat tulis turut diedarkan bersama.

“Program ini merupakan program tahunan YIDE dengan mengagihkan bantuan kelengkapan persekolahan buat kesemua Rumah Anak Yatim di bawah seliaan YIDE. Ia sangat membantu dalam menguruskan persiapan sekolah mereka yang sudah tentu memerlukan kos yang sememangnya tinggi. 

“YIDE amat berharap sumbangan ini dapat menyuntik semangat anak-anak ini untuk lebih bersungguh-sungguh dan berjaya pada masa hadapan.

“Selepas ini, kita juga akan mengadakan program tajaan komputer riba buat anak yatim yang akan menyambungkan pengajian ke peringkat Institusi dan dijangka program itu akan dilaksanakan  bergantung kepada situasi semasa” katanya dalam kenyataan hari ini.

ohd Salim Sain (berjubah putih) memakaikan Pakaian Seragam Sekolah buat penghuni di Rumah PAKEAS semalam

Majlis rasmi agihan sumbangan diadakan secara ringkas semalam di Rumah Pertubuhan Kebajikan Ehsan As Shakur (PEKEAS) serta Rumah Kebajikan Anak Yatim Damai Kuang. Hadir mewakili YIDE ialah Ahli Pemegang Amanah YIDE, Mohd Salim Sain.

Sementara itu Nur Mohd Razali mengucapkan terima kasih kepada syarikat korporat Central Sugars Refinery dan para penyumbang yang telah menyumbang untuk program hari ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranan YIDE, boleh berhubung terus ke Ibu Pejabat YIDE di talian +603 – 5510 3931, email ke publisiti@yide.com.my atau layari : www.yide.com.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here