1,786 jadi korban di laut tahun lalu

0
39
Gambar hiasa

CYBERJAYA – Lebih separuh kes kemalangan laut di negara ini melibatkan nelayan dan kaki pancing dengan 93 nyawa terkorban sepanjang tahun lalu.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam kenyataannya hari ini berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak 242 operasi mencari dan menyelamat digerakkan agensi tersebut di seluruh negara.

“Dalam operasi Carilamat yang diadakan sebanyak 1,786 mangsa berjaya diselamatkan, 93 meninggal dunia dan 39 lagi mangsa tidak temui.

“Amat menyedihkan, lebih 50 peatus kes kemalangan di laut adalah membabitkan nelayan dan pemancing.

Sehubungan itu Maritim Malaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah keselamatan terutama pada musim tengkujuh. 

“Sekiranya perlu, pastikan anda mengambil langkah keselamatan dan bersedia untuk menghadapi kecemaran seperti membawa jaket keselamatan, memeriksa ramalan kaji cucace, membawa bekalan makanan secukupnya, PLB dan memaklumkan kepada ahli keluarga,’’ katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here