18 kluster rentas negeri dikesan, 7 di Kelantan

0
172
Senarai kluster baharu akibat rentas negeri yang dikesan di seluruh negara.
Senarai kluster baharu akibat rentas negeri yang dikesan di seluruh negara.

PUTRAJAYA – Sekurang-kurangnya 18 kluster baharu yang berpunca daripada pergerakan rentas negeri dikesan selepas kerajaan memberi kelonggaran itu sejak 7 Disember tahun lalu sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, tujuh sahaja dikesan berlaku di Kelantan manakala Pahang, Sarawak dan Perak masing-masing merekodkan tiga kluster.

Sementara itu dua lagi kluster dikesan di Terengganu yang melibatkan jangkitan akibat pergerakan rentas negeri.

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyenaraikan kesemua kluster rentas negeri berkenaan dalam ciapan Twitter rasminya.

Menurut KKM, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 membabitkan 18 kluster itu adalah sebanyak 1,378 kes.

Kelonggaran yang diumumkan kerajaan bermula 7 Disember tahun lalu mencetuskan kebimbangan orang ramai mengenai risiko penularan besar-besaran Covid-19 apabila mereka dari zon merah dibenar memasuki negeri-negeri yang berkes kurang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here