23 penerima vaksin Covid-19 di Norway maut selepas disuntik

0
647

OSLO – 23 penerima vaksin Covid-19 di Norway dilaporkan meninggal dunia beberapa hari selepas disuntik dengan vaksin buatan Pfizer/BioNTech.

Menurut NY Times, 13 daripada kematian tersebut melibatkan penghuni sebuah pusat jagaan orang tua dan berusia sekurang-kurangya 80 tahun, dan kesemua mereka meninggal dunia dipercayai akibat kesan sampingan vaksin tersebut.

Berikutan kematian tersebut, pihak berkuasa Norway telah mengubah suai saranan program pemberian vaksin mereka.

“Reaksi seperti demam dan muntah akibat pengambilan vaksin tersebut mungkin menyumbang kepada sebab kematian para mangsa,” kata Pengarah Perubatan Agensi Perubatan Norway, Sigurd Hortemo.

Di Norway lebih daripada 30,000 individu telah menerima vaksin tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here