25 ribu anggota National Guard dikerah kawal Washington

0
265

WASHINGTON – Pihak keselamatan Amerika Syarikat (AS) sudah mengerahkan kira-kira 25,000 anggota ‘National Guard’ di bangunan Capitol dan kawasan sekitarnya sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi sebarang ancaman ketika Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden AS, Rabu ini.

Menurut thedrive.com, jumlah anggota yang dikerah ini sudah melebihi jumlah bilangan anggota tentera AS yang berada di Afghanistan, Syria dan Iraq.

Sebagai perbandingan, pada ketika Donald Trump mengangkat sumpah presiden pada 2016, sebanyak 8,000 anggota ‘National Guard’ dikerah bagi mengawal keadaan.

Kerahan ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga berikutan maklumat perisikan bahawa terdapat pihak yang akan cuba mencetuskan insiden keganasan pada waktu upacara tersebut dilangsungkan.

Setakat semalam, sudah terdapat dua cubaan daripada individu menggunakan pengenalan palsu cuba memasuki kawasan di mana upacara angkat sumpah tersebut bakal dijalankan.

Kedua-dua individu tersebut kemudiannya berjaya ditahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here