26 maut selepas kunjungan Santa Claus dipercayai ‘hadiahkan’ Covid-19

0
321
Gambar hiasan

BRUSSELS – Kegembiraan penghuni rumah orang tua Hemelrijch di Mol di sini untuk menyambut Krismas berakhir dengan tragedi apabila 26 penghuni dilaporkan maut akibat jangkitan Covid-19 selepas menerima kunjungan sukarelawan Santa Claus.

Menurut pegawai kesihatan negara itu, sekurang-kurangnya 85 penghuni termasuk 40 kakitangan disahkan positif selepas kunjungan Santa Claus atau lebih dikenali sebagai Sinterklaas di negara itu pada 5 Disember lalu.

Penularan berkenaan dikesan beberapa hari lalu oleh pakar
virologi terkemuka, Marc Van Ranst yang percaya kebanyakan jangkitan berpunca daripada sumber yang sama.

Namum, tahun ini acara berkenaan suram akibat terpalit penularan wabak pandemik COVID-19, sehingga Belgium terjejas teruk.

Bagaimanapun, jurucakap kesihatan daerah, Joris Moonens berkata, tiada siasatan dijalankan susulan aduan rasmi yang dibuat selain tiada petanda bahawa sukarelawan berkenaan dijangkiti, dakwa

Belgium merekodkan peratusan kematian akibat Covid-19 tertinggi di dunia dengan separuh kematian iaitu 11,066 orang melibatkan penghuni di rumah kebajikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here